Cerpen for this Holiday

Assalamualaikum :D Well cuti kali ni ckgu suruh buat cerpen pulaaaaaa, Nurin amik masa yang agak lama untuk buat cerpen ni cause no idea. Cikgu bagi perenggan akhir siap" so i'm like.... uhhh this is so not fair. Lol. okay so enjoy baca okay. I make it by my own and get an idea after baca kisah ni dekat buku apa entah... .Watak kapten dan anak tidak ada kaitan dengan yang hidup / mati untuk blog ni. muehehehe :) SELAMAT MEMBACA, boleh bagi komen ^^


Aku ingin melawat suamiku di London pada hari ini. Aku membawa anakku Lyna bersama. Kami sungguh gembira. Kelihatan Lyna begitu teruja untuk berjumpa dengan ayahnya. Aku yang berkerja sebagai pramugari bercuti pada kali ini hanya untuk melawat suamiku. Kami menaiki pesawat Boeing 737.

“Mama, Lyna tidak sabar untuk berjumpa dengan papa.” Ujar anakku dengan gembira. Aku hanya tersenyum kepadanya.

Mana tidaknya sudah hampir sebulan suamiku tidak balik menjenguk kami atas urusan kerjanya. Untuk mengambil cuti juga tidak diluluskan. Maka aku mengambil keputusa untuk melawatnya sendiri di sana, memandangkan juga cutiku telah diluluskan.

“Baiklah, semua penumpang diminta untuk memakai tali pinggang keselamatan kerana kita akan berlepas dalam beberpa minit lagi.” Kata seorang pramugara pesawat itu.
Setelah hamper 3 jam perjalanan, Lyna tidur keletihan. Kakiku juga berasa kebas. Tiba-tiba, pesawat kami terumbang-ambing. Aku sudah tidak sedap hati. Aku hanya mampu berzikir. Jantungku berdegup kencang. Aku tertanya-tanya.

Sekali lagi pesawat ini terumbang-ambing. Kelihatan petir diluar menyambung-nyambung. Apa sudah jadi. Mengikut jadual penerbangan cuaca kelihatan bagus sahaja.

“Ya Allah, selamatkanlah kami semua.” Rintihku.

Kebanyakkan penumpang sudah terjaga dari tidur. Ada yang cemas dan ada juga yang masih tidur. Kelihatan pramugara dan pramugari berlari anak untuk menenangkan penumpang.

“Tenang semua. Sila pakai tali pinggang keselamatan. Tolong jangan cemas. Dengar arahan dari kami.” Ujar dua orang pramugara yang kelihatan sedikit tenang, walaupun pada hakikatnya hanya Allah yang tahu.
Aku segara memakai lalu memakaikan tali pinggang Lyna. Lyna terjaga dari lenanya. Dia terkejut.

“Apa yang sudah jadi mama?” katanya yang masih dalam keadaan mamai. Aku hanya menggelengkan kepala.

Tiba-tiba pesawat kami disambar petir. Ketika itu saat itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku. Aku tidak berputus-putus berdoa kepada Allah.
Aku diminta untuk membantu Kapten Hakimi mengendalikan pesawat memandangkan penolongnya sudah terkena kejutan elektrik. Manakala pramugara dan pramugari pula sibuk dengan penumpang yang cemas. Aku meninggalkan Lyna dengan perasaan yang sangat sedih.
Lyna hanya memandangku. Lalu dia mengangguk.

“Mama pergilah, Lyna akan tunggu mama.” Kata Lyna sambil tersenyum. Ya Allah aku hanya mampu menitiskan air mata.

Kami terpaksa melakukan pendaratan cemas. Kami menjumpai sebuah kawasan lapang. Tanpa disangka-sangka pesawat betul-betul berhenti. Aku memandang Kapten Hakimi dan dia mengangguk kepadaku. Perasaanku bercelaru. Aku tidak tahu sama ada aku hendak menangis dalam kegembiraan atau ketawa dalam tanggisan. Sungguh aku tidak tahu. Namun aku melafazkan juga rasa syukur.
Terima kasih Ya Allah!

Nit! Nit! Nit!

Loceng pemindahan berdering. Bunyi bingit terbias dalam kokpit yang tepu dan cemas.

“Attendant crew! Attendant crew! Bagaimana dengan penumpang?”

Jauh disudut sana suasana kacau bilau yang kedengaran.

“Attendant crew! Attendant crew!” Kapten Hakimi mengulang. Namun tiada siapa yang menjawab.
Kapten Hakimi menerpa pintu. Aku menurut. Lyna, mama akan datang. Mama akan bawa Lyna keluar. Lekas-lekas kita jumpa papa.

Maha Suci Allah! Sepanjang hayat belum pernah aku melihat situasi begini. Sepanjang tempohku berkeja juga tidak menjadi begini.  Belum pernah! Para penumpang bertolak-tolakkan menuju pintu di sebelah kiri dan kanan. Tagisan dan jerita bergema tidak keruan. Tagisan Lyna? Jeritan Lyna?

Lyna!!!

Dengan air mataku merempuh lapis-lapis manusia. Tepi! Tepi! Saya ada anak untuk diselamatkan. Tepiiiiiii!!!
Aku tidak menghiraukan jerit sakit penumpang yang menerima rempuhannya. Anatara puluhan penumpanmg yang bersesak-sesakkan, aku membuat laluan.
Dengan sekuat tenaga aku menolak penumpang yang menerpa dari arah hadapan. Lelaki? Perempuan? Tidak ku peduli. Semuanya ku rempuh. Lyna lebih penting ketika ini. Aku hanya mahu Lyna. Lynaaaa!!! Tapi aku menyonsang arus. Lama-kelamaan aku merasa seprti akan hanyut. Orang lebih ramai meluru kearahku. Orang menolak muka ku. Orang sondol perut ku. Orang sepak kaki ku.orang tonjol kepala ku. Orang menjerit kepadaku Tepi! Tepi! Tepi! Orang menyumpah-nyumpah ku kerana menghalang laluan mereka. Aku tidak tahan. Aku menjerit-jerit membalas. Aku memekik-mekik bagai orang gila.

Lyna! Lyna! Lyna!!!

Aku tidak tahu dalam ruang sekecil itu, yang berhenyak-henyakkan sesame mereka masih manusia atau apa! Mereka telah mula melompat dari kerusi ke kerusi. Ramai yang jatuh. Perempuan tua dan kanak-kanak. Dan ramai pula yang muncul untuk memijak. Betapa kalutnya suasana!

Lyna! Lynaaa!!!

Tapi tiada sahutan. Aku cemas. Akhirnya aku pun turut keluardari pesawat. Mungkin juga Lyna telah keluar bersama yang lain. Tibanya di luar aku tercari-cari dimana Lyna. Tiba-tiba pesawat itu meletup! Aku terkedu. Lyna tidak ada diluar. Maknanya Lyna ada didalam!
Anakku sudah tiada! Aku menangis. Disitu juga aku meraung. Aku  tidak peduli akan keadaan sekeliling. Beberapa orang cuba menenangkan aku.
Setelah hampir satu jam menunggu bantuan, akhirnya tiba juga ambulans,bomba dan juga polis. Ramai juga yang terkorban termasuk anakku Lyna.

“Kenapa nak, kenapa? Kamu tinggalkan mama kesorangan dengan papa” rintihku. Betapa sedihnya aku.

Aku meminjam telefon pihak polis disitu. Aku menceritakan semua sambil menangis. Suami ku juga terdiam,aku dapat dengar esakkan tangisannya. Aku sedih. Tetapi dia tidak menyalahkan ku. Dia meminta untuk aku terus berdoa kepada Allah.

“Ini semua dugaan untuk kita berdua.” Kata suamiku.

Tujuh  telah berlalu, aku masih bekerja dengan syarikat penerbangan. Cuma aku telah dinaikkan pangkat untuk menjadi ketua pramugari. Walaupun peristiwa itu masih tidak dapat ku lupakan tetapi aku dan suamiku tidak patah semangat. Aku tahu semua ini dugaan yang Allah berikan kepada kami.
Kini aku juga mempunya dua orang anak. Aku mampu tersenyum gembira bersama suami. Bagaimana pun Lyna masih ku ingati. Aku dan suami juga meceritakan tentang Lyna kepada dua orang anakku itu. Kadang-kadang semasa bercerita air mataku menitis juga. Mereka hanya mengangguk tanda faham dengan apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka mempunya seorang kakak yang telah pergi semasa perjalanan melawat ayahnya.


Kini aku mengerti, pengalaman sentiasa akan mendewasakan kita dalam kehidupan. Peristiwa ini akan menjadikan aku lebih matang untuk menerokai rimba pengalaman yang sentiasa menjajikan seribu satu kemungkinan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Even We were Just "Friend"

I Regret Nothing

Who Am I To You?