Cerpen for this Holiday
Assalamualaikum :D Well cuti kali ni ckgu suruh buat cerpen pulaaaaaa, Nurin amik masa yang agak lama untuk buat cerpen ni cause no idea. Cikgu bagi perenggan akhir siap" so i'm like.... uhhh this is so not fair. Lol. okay so enjoy baca okay. I make it by my own and get an idea after baca kisah ni dekat buku apa entah... .Watak kapten dan anak tidak ada kaitan dengan yang hidup / mati untuk blog ni. muehehehe :) SELAMAT MEMBACA, boleh bagi komen ^^
Aku ingin melawat suamiku di London pada hari ini. Aku
membawa anakku Lyna bersama. Kami sungguh gembira. Kelihatan Lyna begitu
teruja untuk berjumpa dengan ayahnya. Aku yang berkerja sebagai pramugari
bercuti pada kali ini hanya untuk melawat suamiku. Kami menaiki pesawat Boeing
737.
“Mama, Lyna tidak sabar untuk berjumpa dengan papa.” Ujar
anakku dengan gembira. Aku hanya tersenyum kepadanya.
Mana tidaknya sudah hampir sebulan suamiku tidak balik
menjenguk kami atas urusan kerjanya. Untuk mengambil cuti juga tidak
diluluskan. Maka aku mengambil keputusa untuk melawatnya sendiri di sana,
memandangkan juga cutiku telah diluluskan.
“Baiklah, semua penumpang diminta untuk memakai tali
pinggang keselamatan kerana kita akan berlepas dalam beberpa minit lagi.” Kata
seorang pramugara pesawat itu.
Setelah hamper 3 jam perjalanan, Lyna tidur keletihan. Kakiku
juga berasa kebas. Tiba-tiba, pesawat kami terumbang-ambing. Aku sudah tidak
sedap hati. Aku hanya mampu berzikir. Jantungku berdegup kencang. Aku tertanya-tanya.
Sekali lagi pesawat ini terumbang-ambing. Kelihatan petir
diluar menyambung-nyambung. Apa sudah jadi. Mengikut jadual penerbangan cuaca
kelihatan bagus sahaja.
“Ya Allah, selamatkanlah kami semua.” Rintihku.
Kebanyakkan penumpang sudah terjaga dari tidur. Ada yang
cemas dan ada juga yang masih tidur. Kelihatan pramugara dan pramugari berlari
anak untuk menenangkan penumpang.
“Tenang semua. Sila pakai tali pinggang keselamatan. Tolong
jangan cemas. Dengar arahan dari kami.” Ujar dua orang pramugara yang kelihatan
sedikit tenang, walaupun pada hakikatnya hanya Allah yang tahu.
Aku segara memakai lalu memakaikan tali pinggang Lyna. Lyna terjaga dari lenanya. Dia terkejut.
“Apa yang sudah jadi mama?” katanya yang masih dalam keadaan
mamai. Aku hanya menggelengkan kepala.
Tiba-tiba pesawat kami disambar petir. Ketika itu saat itu
hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku. Aku tidak berputus-putus berdoa kepada
Allah.
Aku diminta untuk membantu Kapten Hakimi mengendalikan pesawat
memandangkan penolongnya sudah terkena kejutan elektrik. Manakala pramugara dan
pramugari pula sibuk dengan penumpang yang cemas. Aku meninggalkan Lyna dengan
perasaan yang sangat sedih.
Lyna hanya memandangku. Lalu dia mengangguk.
“Mama pergilah, Lyna akan tunggu mama.” Kata Lyna sambil
tersenyum. Ya Allah aku hanya mampu menitiskan air mata.
Kami terpaksa melakukan pendaratan cemas. Kami menjumpai
sebuah kawasan lapang. Tanpa disangka-sangka pesawat betul-betul berhenti. Aku
memandang Kapten Hakimi dan dia mengangguk kepadaku. Perasaanku bercelaru. Aku
tidak tahu sama ada aku hendak menangis dalam kegembiraan atau ketawa dalam
tanggisan. Sungguh aku tidak tahu. Namun aku melafazkan juga rasa syukur.
Terima kasih Ya Allah!
Nit! Nit! Nit!
Loceng pemindahan berdering. Bunyi bingit terbias dalam
kokpit yang tepu dan cemas.
“Attendant crew! Attendant crew! Bagaimana dengan
penumpang?”
Jauh disudut sana suasana kacau bilau yang kedengaran.
“Attendant crew! Attendant crew!” Kapten Hakimi mengulang.
Namun tiada siapa yang menjawab.
Kapten Hakimi menerpa pintu. Aku menurut. Lyna, mama akan
datang. Mama akan bawa Lyna keluar. Lekas-lekas kita jumpa papa.
Maha Suci Allah! Sepanjang hayat belum pernah aku melihat
situasi begini. Sepanjang tempohku berkeja juga tidak menjadi begini. Belum pernah! Para penumpang
bertolak-tolakkan menuju pintu di sebelah kiri dan kanan. Tagisan dan jerita
bergema tidak keruan. Tagisan Lyna? Jeritan Lyna?
Lyna!!!
Dengan air mataku merempuh lapis-lapis manusia. Tepi! Tepi!
Saya ada anak untuk diselamatkan. Tepiiiiiii!!!
Aku tidak menghiraukan jerit sakit penumpang yang menerima
rempuhannya. Anatara puluhan penumpanmg yang bersesak-sesakkan, aku membuat
laluan.
Dengan sekuat tenaga aku menolak penumpang yang menerpa dari
arah hadapan. Lelaki? Perempuan? Tidak ku peduli. Semuanya ku rempuh. Lyna lebih penting ketika ini. Aku hanya mahu Lyna. Lynaaaa!!! Tapi aku menyonsang
arus. Lama-kelamaan aku merasa seprti akan hanyut. Orang lebih ramai meluru
kearahku. Orang menolak muka ku. Orang sondol perut ku. Orang sepak kaki
ku.orang tonjol kepala ku. Orang menjerit kepadaku Tepi! Tepi! Tepi! Orang
menyumpah-nyumpah ku kerana menghalang laluan mereka. Aku tidak tahan. Aku
menjerit-jerit membalas. Aku memekik-mekik bagai orang gila.
Lyna! Lyna! Lyna!!!
Aku tidak tahu dalam ruang sekecil itu, yang
berhenyak-henyakkan sesame mereka masih manusia atau apa! Mereka telah mula
melompat dari kerusi ke kerusi. Ramai yang jatuh. Perempuan tua dan
kanak-kanak. Dan ramai pula yang muncul untuk memijak. Betapa kalutnya suasana!
Lyna! Lynaaa!!!
Tapi tiada sahutan. Aku cemas. Akhirnya aku pun turut
keluardari pesawat. Mungkin juga Lyna telah keluar bersama yang lain. Tibanya
di luar aku tercari-cari dimana Lyna. Tiba-tiba pesawat itu meletup! Aku
terkedu. Lyna tidak ada diluar. Maknanya Lyna ada didalam!
Anakku sudah tiada! Aku menangis. Disitu juga aku meraung.
Aku tidak peduli akan keadaan
sekeliling. Beberapa orang cuba menenangkan aku.
Setelah hampir satu jam menunggu bantuan, akhirnya tiba juga
ambulans,bomba dan juga polis. Ramai juga yang terkorban termasuk anakku Lyna.
“Kenapa nak, kenapa? Kamu tinggalkan mama kesorangan dengan
papa” rintihku. Betapa sedihnya aku.
Aku meminjam telefon pihak polis disitu. Aku menceritakan
semua sambil menangis. Suami ku juga terdiam,aku dapat dengar esakkan
tangisannya. Aku sedih. Tetapi dia tidak menyalahkan ku. Dia meminta untuk aku
terus berdoa kepada Allah.
“Ini semua dugaan untuk kita berdua.” Kata suamiku.
Tujuh telah berlalu,
aku masih bekerja dengan syarikat penerbangan. Cuma aku telah dinaikkan pangkat
untuk menjadi ketua pramugari. Walaupun peristiwa itu masih tidak dapat ku
lupakan tetapi aku dan suamiku tidak patah semangat. Aku tahu semua ini dugaan
yang Allah berikan kepada kami.
Kini aku juga mempunya dua orang anak. Aku mampu tersenyum
gembira bersama suami. Bagaimana pun Lyna masih ku ingati. Aku dan suami juga
meceritakan tentang Lyna kepada dua orang anakku itu. Kadang-kadang semasa
bercerita air mataku menitis juga. Mereka hanya mengangguk tanda faham dengan
apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka mempunya seorang kakak yang telah pergi semasa perjalanan melawat ayahnya.
Kini aku mengerti, pengalaman sentiasa akan mendewasakan
kita dalam kehidupan. Peristiwa ini akan menjadikan aku lebih matang untuk
menerokai rimba pengalaman yang sentiasa menjajikan seribu satu kemungkinan.
hebat laa kapten haha
ReplyDelete